01 November 2008

Cuti-Cuti Malaysia




Percutian lima keluarga ke Air Keroh d'Village sempena cuti deepavali lalu telah berlalu dengan penuh kemeriahan. Walaupun tak berapa ramai ahli yang menyertai ianya tetap meriah. Aktiviti lain ialah berkunjung ke Umbai tempat makan ikan bakar yang terkenal berlangsung pada petang 26 Okt 2008. Manakala malam aktiviti mengeteh di Subaidah Restoran di MITC Melaka merupakan aktiviti rutin seperti di KL.Pada keesokan harinya aktiviti mandi kolam dan melawat Banda Hilir Melaka dan telah menaiki kapal flor Dela Mar.


Berkahir dengan aktiviti membeli belah cenderamata untuk dibawa pulang.




Aktiviti pada tahun depan ialah melawat dan bercuti di Cherating, Pahang. Insyallah jika diizinkan oleh Maha Kuasa.














01 September 2008

Salam Ramadhan al-Mubharak




Salam Ramadhan untuk semua pembaca blog. Moga Ramadhan kali ini memperoleh banyak keberkatan daripada tahun sebelumnya.Insyallah. Banyakkanlah bersedekah dan menolong orang-orang yang memerlukan.







sedikit renungan:




Awal Ramadhan Terawih di masjid melimpah-ruah, tak cukup sejadah :: setiap malam, moreh meriah :: ramai yang baik hati pakat nak sedekah :: maahad tahfiz lengang, pakat jadi imam merata kariah :: siang hari muka sekor-sekor monyok, badan macam nak rebah :: lepas kerja, bazar ramadhan tempat pertama singgah :: bila berbuka melantak sampai mengah ::
Pertengahan Ramadhan
Tugas penguatkuasa agama kian gah :: setiap hari cerita orang tak puasa ditangkap mengulangi sejarah :: masjid pula kian hari kian “cerah” :: tinggal orang tua-tua mengadap sejadah :: Nuzul Quran, Badar Kubra jadi tajuk utama kuliah penceramah ::
Akhir Ramadhan
Malam Lailatul Qadar jadi rebutan :: kanak-kanak pula pakat cucuh meriam buluh dan mercun , pecah muka putus tangan :: tokey pasaraya senyum sakan :: jualan murah, melucutkan iman :: tiket bas, keretapi dan kapal terbang habis bekalan :: bas tambahan dan persiaran jadi pilihan :: kemalangan penuh dalam akhbar harian :: tentera darat raye dalam hutan, tentera laut berbuka di lautan :: isteri menteri pakat bungkus bungkusan :: konon nak tunjuk kesian :; pelajar luar negara, pakat buat publisiti murahan :: kad raya dapat sambutan, pekerja pos tak menang tangan :: Sofa. jendela, langsir semuanya mengalami perubahan :: maklumlah semuanya dok tunggu pengumuman :: pengumuman tengok anak bulan semuanya tersengih, menguntum senyuman.

24 August 2008

Hari Konvokesyen 2008






Konvokesyen aku yang berlansung di PWTC telah dihadiri oleh kedua ibubapaku dan adik-beradik serta keluarga yang tercinta. Berikut adalah gambar-gambar sekitar hari tersebut :

24 July 2008

Hari ini adalah hari penyampaian hadiah anak pertama saya di Tadika. Beliau telah membuat persembahan sebagai conductor nyanyian. alhamdulillah beliau telah berjaya mengondol tempat ketiga keseluruhan. sebagai kenangan saya meng"upload"kan video ini sebagai kenangan.

sekian.

Kursus Hot Potatoes d'Malacca




Pada bulan lepas saya telah menghadiri satu kursus pembinaan bahan yang dianjurkan oleh BTPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Hotel Lisbon, Portugeese Settlement, Ujong Pasir, Melaka.

Kursus ini lebih menjuruskan kepada pembinaan bahan P&P menggunakan Hot Potatoes untuk di'upload'kan ke My Cerdiknet.com yang dibangunkan oleh BTP.Ianya telah dihadiri oleh lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri dari guru2 sekolah menengah dan rendah.

Sepanjang di sana saya juga ada mengambil beberapa keping gambar untuk kenangan.

05 June 2008

Backup Windows


Komen: 4
Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows

Dengan Norton Ghost, anda boleh membuat backup kepada Windows anda. Misalnya, jika anda baru sahaja format komputer dan install segala macam software yang anda perlukan, anda boleh lakukan operasi Ghost terhadap Windows tersebut. Katakan Windows anda kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat nak buka langsung. Restore sahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala, lengkap dengan segala software yang anda telah install.
Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika anda dikehendaki untuk install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama, kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install Windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.
Anda boleh mendapatkan Norton Ghost versi percubaan di sini. Namun saya sarankan anda menggunakan bootable CD atau disket yang anda boleh perolehi dari mana-mana kedai yang berhampiran :p
Pada kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat backup Ghost yang anda boleh simpan dalam bentuk fail. Ikuti langkah-langkah di bawah:

http://sembangkomputer.com/cara-cara-menggunakan-norton-ghost-untuk-backup-windows/#more-715

21 May 2008

Masama manis Kursus Bestari kohot 1 IPBA


Pada 16 Mei 2008 maka tamat kursus selama sebulan di IPBA. Berakhirnya kursus itu maka bermulanya semula sesi persekolahan dan bermula lagi menghadap pelajar2 serta menanda buku. Sepanjang kursus tersebut banyak pengalaman yang diterima dan dipelajari. Juga banyak juga kawan yang dikenali. Alhamdulillah semua ok dan sekepala dan boleh dibawa berbincang.


Bagi kawan2 semua, saya mohon maaf dan mengucapkan selamat mengajar kembali moga hubungan kita tidak terputus di sini sahaja. sebagai ingatan lihatlah gambar di bawah. Juga kepada pensyarah saya ucapkan terima kasih atas ilmu yang dicurahkan.

05 May 2008

HARI KELUARGA 2008









Hari keluarga Kelab Aspirasi Akrab telah berlangsung dengan jayanya di Malacca D'Village Resort pada 3 dan 4 hb Mei 2008. Seramai 28 keluarga telah menyertai hari keluarga tersebut yang dianggar lebih 100 orang dewasa dan kanak-kanak terlibat. Secara keseluruhan semua aktiviti telah berjaya dijalankan seperti dirancang pada sebelumnya.
Ucapan setinggi tahniah kepada JK Hari Keluarga 2008, seperti En Shamsudi Othman, En Zulkifli, En Wak Suhaidi selaku Pengerusi JK Hari Keluarga, En Zainuddin Othman dan lain-lain yang telah menjayakan majlis ini.
Sekian, terima kasih.
En Onn Abdullah
Setiausaha
Hari Keluarga 2008.

26 April 2008

KURSUS BESTARI IPBA KOHORT 1









Kursus Bestari kohort 1 telah dijalankan di IPBA selama 4 minggu. Seramai 25 guru telah menjalani kursus ini daripada berbagai latar belakang kebolehan dalam bidang ICT. Penyelaras kami ialah Miss Pat telah berjaya menarik minat kami untuk meneruskan kursus ini dengan jayanya. Sehubungan dengan itu kami mengucapkan berjuta terima kasih kepada BPG dan IPBA khasnya kerana berjaya menjalankan kursus ini dengan begitu cemerlang sekali.




sekian, terima kasih.




Blogger.


11 April 2008

Peringatan

Hanya Ingin Mengingatkan ...


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak
Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.



Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya..
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:



Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

!

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar :
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


Sekarang anda mempunyai 2 pilihan:


1) Biarkan e-mel ini dalam mailbox anda.

ATAU ...


2) Forward e-mel ini! ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah, redha
Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.





Wassalam.

24 March 2008

HARI KELUARGA

HARI KELUARGA KELAB ASPIRASI AKAN BERLANGSUNG SEPERTI KETETAPAN DIBAWAH :

TARIKH : 3 DAN 4 MEI 2008
TEMPAT : AIR KEROH D'VILLAGE RESORT, MELAKA

PENGANGKUTAN : SENDIRI

SEMUA MENDAPAT PERHATIAN DARIPADA AHLI SEMUA.

SENARAI PESERTA


KELAB ASPIRASI AKRAB

SENARAI PESERTA HARI KELUARGA 2008

BIL
NAMA PESERTA
SA’ABAN BIN ABU SAMAH
MOHD AZMI BIN OSMAN
ZAINUDDIN BIN OTHMAN
ISMAIL BIN LAZIM
MOHD IHSAN BIN YUSUFF
ZAMRI BIN RASHID
MOHD HAKIMI BIN ABD RAHMAN
NAWAWI BIN MAT NOR
MOHD RAZAHA BIN ABDUL RAHMAN
MOHD JAMALUDDIN B GHAZALI
KHAIRUL ANUAR BIN YAZID
MOHAMAD MARZUKI ABDUL HAMID
KAMARUDIN BIN ZULKAFLI
YUSRI MOHAMAD YUSOP
MOHD SHUKRI YAACOB
NADZARUDDIN B KASIM
SUID BIN MAT
JEFFRIDIN BIN KHALID
SHAMSUDDIN OTHMAN
ZAMHURI
SUHAIDI BIN SAPUAN
ONN ABDULLAH
BADRULDIN
MOHD AZAM
RIZAN BIN BABA

ABDULLAH ABD LATIFF

11 February 2008


Sekolah kebangsaan Sungai Besi adalah sekolah pertama saya. Pada tahun 1997, saya telah dihantar ke sekolah tersebut dan mula mengajar di situ sehingga Dis 2000. Sebelum itu sekolah itu menpunyai bangunan yang usang dan sebuah kantin yang sempit. Guru besar pada masa itu ialah En Masrol bin Talib.
Di situlah saya mula belajar menjadi seorang guru yang sebenar berbanding dengan dengan suasan di maktab perguruan. Hari ini selepas 12 tahun berkhidmat saya mula merasakan SKSB adalah merupakan titik tolak dalam kerjaya saya sebagai seorang guru. Terima kasih SKSB