21 May 2008

Masama manis Kursus Bestari kohot 1 IPBA


Pada 16 Mei 2008 maka tamat kursus selama sebulan di IPBA. Berakhirnya kursus itu maka bermulanya semula sesi persekolahan dan bermula lagi menghadap pelajar2 serta menanda buku. Sepanjang kursus tersebut banyak pengalaman yang diterima dan dipelajari. Juga banyak juga kawan yang dikenali. Alhamdulillah semua ok dan sekepala dan boleh dibawa berbincang.


Bagi kawan2 semua, saya mohon maaf dan mengucapkan selamat mengajar kembali moga hubungan kita tidak terputus di sini sahaja. sebagai ingatan lihatlah gambar di bawah. Juga kepada pensyarah saya ucapkan terima kasih atas ilmu yang dicurahkan.

05 May 2008

HARI KELUARGA 2008









Hari keluarga Kelab Aspirasi Akrab telah berlangsung dengan jayanya di Malacca D'Village Resort pada 3 dan 4 hb Mei 2008. Seramai 28 keluarga telah menyertai hari keluarga tersebut yang dianggar lebih 100 orang dewasa dan kanak-kanak terlibat. Secara keseluruhan semua aktiviti telah berjaya dijalankan seperti dirancang pada sebelumnya.
Ucapan setinggi tahniah kepada JK Hari Keluarga 2008, seperti En Shamsudi Othman, En Zulkifli, En Wak Suhaidi selaku Pengerusi JK Hari Keluarga, En Zainuddin Othman dan lain-lain yang telah menjayakan majlis ini.
Sekian, terima kasih.
En Onn Abdullah
Setiausaha
Hari Keluarga 2008.