22 July 2007

Kelebihan Wanita jika......

TAHUKAH ANDA..

1. "Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yangjahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalamkeadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa keranamenjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihatisterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dankemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awaldaripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari danwanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya denganmenunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yangsakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkanhatianaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akanberkatkan rezekinya.
12. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala sepertimeyapu lantai di baitullah.
13. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akanmengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
14. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dansetiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akandikira sebagai mati syahid.
16. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahunsolat.
17. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tolaperak.
18. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasukisyurga.
19. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitumemakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

RENUNGANLAH. .. WAHAI WANITASungguh istimewa. Jadilah yang terbaik. Sebagai anak, isteri dan ibu yangsolehah. InsyaAllah.

3 comments:

Sham al-Johori said...

Fuh! Cair aku baca tazkirah kau tu. Bila aku fikir2 balik, perjuangan aku untuk mendapatkan ramai anak itu rupa-rupanya nak bagi orang rumah aku masuk syurga. Justeru, kau un kena kuatkan semangat supaya dapat ramai anak sebab setitis air susu dan sesaat layanan isteri semuanya dapat pahala yang tak dapat dibayangkan. Yang penting, jangan kau pulak yang hisap air susu itu. Hehehe.

En Onn Abdullah said...

Terima kasih

dr love said...

ayat kau memang power semenjak 2 menjak ni..tapi takut bini jugak..baca sajak kat jln pasar boleh laku tu